Rabu, 06 Desember 2017

Wahai Cahaya Hidayah


Pada suatu hari dalam lenaku
Dalam lenaku kerinduanku bertambah
Ia-nya menyelimutiku
Melihatmu, Yaa Rasulullah!

Yang Terpuji, Wahai Cahaya Hidayah!
Kerinduanku melangkaui segala sempadan
Mataku berharap dapat melihatmu
Jiwaku, wahai kekasihku, akan 'ku korbankan untukmu

Bayangannya menyapa diriku
Tanganku cair di tangannya
Mataku memanggilnya
Kemilau rupanya menyentuh hatiku

Yang Terpuji, Wahai Cahaya Hidayah!
Kerinduanku melangkaui segala sempadan
Mataku berharap dapat melihatmu
Jiwaku, wahai kekasihku, akan 'ku korbankan untukmu

Telaganya sentiasa melimpah dan menghilangkan dahaga
Hirupannya umpama obat bagiku

Hilangkan dahagaku, wahai kekasihku!
Wahai penyembuh segala ciptaan
Bagiku dikau umpama penenang dan penawar luka

Yang Terpuji, Wahai Cahaya Hidayah!
Kerinduanku melangkaui segala sempadan
Mataku berharap dapat melihatmu
Jiwaku, wahai kekasihku, akan 'ku korbankan untukmu



* Diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dari lagu berbahasa Arab bertajuk "Rouhi Fidak" yang dinyanyikan oleh Mesut Kurtis.


** Sumber gambar ilustrasi: Blog http://islamicentury.blogspot.co.id/



Reaksi:

0 ulasan:

Posting Komentar