Selasa, 05 Desember 2017

Dan Senyumlah


Mengapa dikau menyukarkan hidupmu sendiri?
Mengapa bersedih dan berdukacita?
Jika kau lupa, maka ingatlah...
Sejarah hidup Nabi kita, dan renungilah...

Dengarlah kata-kata Baginda dan optimislah
Sampaikanlah khabar gembira dan janganlah menakut-nakutkan manusia
Dan jadikanlah hanya Allah di hatimu
Dia memiliki kuasa untuk memudahkan kesukaranmu

Shalawatlah ke atas Nabi dan senyumlah!
Kerana Nabi sentiasa senyum dan senyum
Kerana Nabi sentiasa senyum
Yaa Allah, shalawat ke atas Baginda

Berdirilah untuk shalat dan berdo'a dari hati
Dia akan menghilangkan kerisauanmu
Selagi dikau percaya kepada Tuhanmu
Dia akan sentiasa baik pada sangkaanmu

Dan katakanlah "Yaa Tuhan, akulah hamba-Mu - Yaa Allah!"
"Aku ridha dengan ketentuan dan keadilan-Mu - Yaa Allah!"
Tunaikanlah bahagiamu, dan berserahlah kepada Dia
Dan serahkanlah kepada Allah segala harapanmu serta berdo'alah

Shalawatlah ke atas Nabi dan senyumlah!
Kerana Nabi sentiasa senyum dan senyum
Kerana Nabi sentiasa senyum
Yaa Allah, shalawat ke atas Baginda

Dari mana datangnya kedukaan ini?
Beritahu kepadaku, ke mana hilangnya imanmu?
Segalanya berlaku di atas ketentuan Allah
Dan kesusahan akan sentiasa dituruti oleh kesenangan

Shalawatlah ke atas Nabi dan senyumlah!
Kerana Nabi sentiasa senyum dan senyum
Kerana Nabi sentiasa senyum
Yaa Allah, shalawat ke atas Baginda



* Diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dari lagu berbahasa Arab bertajuk "Tabassam" yang dinyanyikan oleh Mesut Kurtis.


** Sumber gambar ilustrasi: Instagram @pena_tarim

0 ulasan:

Posting Komentar