Selasa, 29 September 2015

Negeri Gelap Buta


Alkisah suatu negeri
Bertempat di bawah bayu
Hutannya lebat menghijau
Mentarinya terang merandang
Udaranya sejuk membelai
Airnya jernih berkaca-kaca
Alamnya kaya sentiasa makmur
Penduduknya ramah bersahabat

Syahdan zaman beralih masa
Dahulu berdaulat, kini terjajah
Dahulu beraja, kemudian dibenamkan
Dahulu bermartabat, kini di bawah kaki kuasa
Dahulu bertamaddun, alahai sayang kini gelap buta

Di bawah kaki penjajah tak dapat buat apa-apa
Penduduknya hanya deretan angka-angka
Apalah daya, tanah dirampas tinggallah ratapan
Hutan dibakar, kering sudah air mata
Udaranya jerebu, cahayanya asap pekat
Siangnya berselubung hitam
Malamnya berhias rembulan gemintang redup

Demikian kisah Negeri Gelap Buta
Sentiasa berkabut berhias kelam

#*#

Hanafi Mohan
Tanah Betawi, Khamis, 3 Dzulhijjah 1436 Hijriyyah,
bertepatan dengan 17 September 2015 Miladiyyah,
17:00-17:31 menjelang petang



Sumber foto ilustrasi: Video #PontianakMelawanAsap

0 ulasan:

Posting Komentar