Selasa, 26 Juni 2018

Menulis Mengikat Ingatan?


Katanya menulis itu untuk mengikat ingatan? Tapi, mengapa pula diikat-ikat? Memangnya ingatan itu sebangsa makhluk liar?

Ingatan perlu diikat untuk melawan lupa. Memangnya lupa itu semacam musuh?

Lupa itu tak perlu dilawan. Kerananya ingatan pun tak ada faedahnya diikat. Lupa (khilaf) adalah fitrah makhluk bernama manusia. Begitu pula dengan perbuatan “salah”, sama fitrahnya dengan tabi’at “lupa” alias ”khilaf”.

Tersebab tak ada lupa yang patut dilawan, sehingga mestinya tak ada pula ingatan yang perlu diikat. Sedangkan menulis melampaui itu semua. Menulis itu tiada lain tiada bukan yakni untuk mengapresiasi fikiran, kerana akal budi adalah kurnia Tuhan yang teramat bernilai. Itulah hikmah, intan berlian berkilauan di antara selaksa samudera limpahan rahmat Allah 'azza wa jalla.


Hanafi Mohan,
Ciputat, Selasa, 12 Syawwal 1439 Hijriyyah/
26 Juni 2018 Miladiyyah
Tengah Malam, sekira jam 2 dinihari



Sumber gambar ilustrasi: http://ibnublog.com/

1 ulasan: