Sabtu, 28 Desember 2019

Zamaan Yaa Zamaan


Hadap berhadap Vredeburg
Tika hari yang baharu
Setelah hari-hari yang berlalu

Takkanlah sama sehari sahaja
Di mercu tanda Negeri Khatulistiwa
Sepanjang Sungai Batang Lawai
Atau menjejak sejenak di pusat kedaulatan negeri
Khazanah warisan sultan yang alim nan wara’

Kini tegak berdiri di hujung masa
Di kaki taqdir tak dapat kira
Zamaan yaa zamaan

Seumpama cita
Hendak capai setinggi langit
Khayaal yaa khayaal

Lapis mata dikabut dusta
Kerana cinta angkara
Semuanya rona duniawi
Sungguh tak ada yang haqiqi
Jamaal yaa jamaal

Beruntai sastera
Madah petuah bijaklaksana
Kalaam yaa kalaam


# #


Hanafi Mohan,
Tanah Betawi, Juma’at, 4 Desember 2015


Sumber gambar ilustrasi: https://oediku.wordpress.com/

0 ulasan:

Posting Komentar